Rahsia Tempoh Menuai Cili yang Panjang – Kalsium dan Boron Berperanan Mustahak
Unsur kalsium dan boron sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan bunga cili. Apabila berlaku kekurangan, perkembangan debunga akan terbantut dan persenyawaan bunga tidak lengkap.
Justeru itu, buah cili yang terbentuk akan melengkung. Sekiranya keadaan bertambah buruk, keguguran bunga dan buah akan berlaku dan kutipan hasil terjejas teruk.