Description
Amino Code SWP 838
Amino Code SWP 838 ialah serbuk rumpai laut tulen Ascophyllum nodosum, sejenis spesis rumpai laut perang yang kaya dengan asid alginik dan nutrien, yang berasal dari Amerika Selatan. Produk ini diekstrak melalui fermentasi biologi enzimolisis yang memastikan kandungan nutrien kekal tinggi selepas pemprosesan.
Asid alginik boleh berfungsi sebagai perapi tanah, iaitu melalui pergabungan dengan mineral dalam tanah yang menghasilkan sejenis polimer berkemampuan mengekalkan kelembapan, memperbaiki struktur tanah dan melestarikan kelembapan tanah yang membantu tanaman mengharungi musim kering dan panas. Selain itu, akar tanaman adalah lebih cekap dalam pengambilan nutrien dan berakar dalam tanah berpengudaraan mencukupi, hasilnya tanaman adalah lebih kuat dan sihat. Tambahan lagi, asid alginik menggalakkan pertumbuhan pelbagai bakteria tanah bermanfaat yang berkepentingan untuk kesihatan tanaman.
Ekstrak rumpai laut kami kaya dengan bahan organic, unsur surih (Fe, Cu, Zn, Co, Mo, Mn dan Ni) dan pengawalatur tumbuhan seperti auksin, sitokinin dan giberelin yang penting untuk pertumbuhan optimum. Serbuk rumpai laut tulen ini berkelarutan tinggi, oleh itu kandungan nutrien sangat mudah diserap untuk keperluan tindak balas dalam tisu tumbuhan.
Ciri-ciri
- Meningkatkan daya tahan tanaman terhadap cabaran iklim dan penyakit
- Melestarikan kelembapan tanah
- Menggalakkan ketersediaan dan pengambilan nutrient
- Meningkatkan aktiviti metabolik tanaman
- Mengaktifkan mikroorganisma tanah yang bermanfaat
- Menguatkan imuniti tanaman
Hasil
- Mempercepatkan pertumbuhan
- Meningkatkan hasil
- Meningkatkan kualiti hasil
- Lebih tahan terhadap jangkitan penyakit
Amino Code SWP 838
GE Amino Code SWP 838 是富含褐藻酸和养分的纯海藻粉。它是提炼自分布于南美洲的褐藻,学名为Ascophyllum nodosum。此产品生产是经过特别的酶解生物发酵过程, 以避免养分流失和确保保留原料所含的高养分。
当褐藻酸与土壤中的矿物质结合即组成特殊的聚合物。此聚合物是土壤的改良剂, 因为它能改善土壤的结构和水分保持力,特别有助于土壤保持足够的湿度度过干旱酷热季节。此外也提升土壤的疏松通气性质、激活土壤益生菌与微生物和促进根系的养分吸收,促进农作物健壮生长。
本产品富含有机物,微量元素(铁、铜、锌、钴、钼、锰和镍)和植物激素, 例如植物生长素、细胞分裂素和激勃素,都是植物生理生长重要的活性有机物。
此纯海藻粉非常易溶解于水,因此其营养成分很容易被植物组织吸收利用。
特征
- 提高农作物抗逆性
- 改善土壤保水性
- 促进养分的涵容和吸收力
- 增加农作物的代谢活动
- 激活土壤有益微生物
- 增强植物免疫力
成效
- 更快速的成长
- 更高的收获
- 收成质量更好
- 明显甚少感染病害